Assalammualaikum dan salam sejahtera,... untuk entry kali ini saya berhajat untuk kongsi pengalaman saya sebagai pensyarah/konsultan/coach dalam membimbing 8 batch pertama pelajar yang berminat serta berusaha menggapai impian menjadi usahawan dalam bidang perabot..
Sesi pengambilan bermula pada Julai-Disember 2016... Banyak perkara yang perlu dilihat dan dianalisa sebelum saya mampu menjalankan program ini bersama team teknousahawan yang berpengkalan di Ikm Alor Setar Kedah...
1) Bisnes Model (Route Map Teknousahawan)
2) Kandungan silibus pembelajaran yang bakal diterapkan dikalangan usahawan
3) SOP untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran didalam dan diluar kelas
4) Kursus-kursus yang bersesuaian dengan pembentukan aktiviti keusahawanan
5) Bantuan kerajaan berbentuk geran
5 perkara asas ini perlu dibangunkan diperingkat awal sebelum team saya mampu menjalankan program yang julung kali diadakan ini dalam institusi pendidikan. InsyaAllah pada entry akan datang saya akan share wajah-wajah usahawan yang sedang giat dibimbing untuk program Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot...